KEAHLIAN

 

Kelab Perpaduan KUIM telah membuka keahlian bagi semua mahasiswa mahasiswi Kolej Universiti Islam Malaysia sejak ia ditubuhkan. Penyertaan yang tidak dihadkan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mereka. Penyertaan mahasiswa mahasiswi KUIM telah meningkat pada sesi ini berbanding sesi lepas sebanyak tiga kali ganda. Pada masa ini, Kelab Perpaduan merupakan satu-satunya kelab yang mempunyai ahli paling ramai iaitu 200 orang berbanding kelab-kelab lain di KUIM. Kini, penyertaan untuk menjadi ahli kelab masih terbuka dan kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua mahasiswa mahasiswi Kolej Universiti Islam Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

Utama    |    Pengenalan    |    Motto    |    Logo  |    Visi    |    Misi    |    Objektif    |    Lokasi    |    Exco    |    Biro    |    Keahlian    |    Takwim    |    Gambar Program