Kelab Perpaduan Kolej Universiti Islam Malaysia telah ditubuhkan pada 25 Ogos 2003. Secara rasminya, Keab Perpaduan bagi semua IPT di Malaysia telah dilancarkan oleh YB Tan Sri Musa Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tarikh yang sama. Sebanyak 17 IPTA termasuk KUIM dan 4 IPTS menubuhkan Kelab Perpaduan di IPT masing-masing.
Kini selepas pembentukan kabinet yang baru setelah dijalankan Pilihanraya Umum ke 11, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telahpun dipisahkan dan Jabatan Perpaduan Negara kini dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dipimpin oleh Dato' Dr. Maximus Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengambil alih tugas Dato' Seri Siti Zaharah Sulaiman.
Kelab Perpaduan juga ditubuhkan untuk menyatupadukan mahasiswa mahasiswi dari pelbagai bangsa dan keturunan. Namun di KUIM ini, semua mahasiswa terdiri daripada bangsa Melayu dan berketurunan Islam. Oleh yang demikian, kelab ini berfungsi untuk menyatupadukan pelbagai budaya dan aktiviti yang berlainan dari setiap negeri seterusnya mewujudkan sebuah universiti yang aman dan bersatu padu dalam pelbagai aspek. Kelab ini juga bukan sahaja akan melakukan aktiviti dalaman malah berusaha untuk membawa KUIM ke mata masyarakat dengan mengadakan program-program kerjasama bersama mereka sekaligus mewujudkan hubungan yang baik bersama mereka. Seterusnya, kelab ini diharap dapat bergerak dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang telah disasarkan.
Utama | Pengenalan | Motto | Logo | Visi | Misi | Objektif | Lokasi | Exco | Biro | Keahlian | Takwim | Gambar Program